Ikan bilis, udang kering dari Sabah bakal tembusi pasaran Timur Tengah

DUBAI โ€“ Dua hasil laut dari Sabah bakal menembusi pasaran Timur Tengah apabila Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan syarikat pengurusan eksport, Urbanex Gulf Corporate Services (UGCS) dimeterai.

Dengan MoU itu, pendapatan pengusaha ikan bilis dan udang kering khususnya di Sandakan serta Tawau dijangka bertambah dengan pasaran pertama bermula di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada bulan ini.

Menurut Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Sylvester Entri Muran, hasil laut dari Malaysia itu mendapat permintaan memberangsangkan di negara tersebut berdasarkan sampel diberikan kepada peniaga.

Kata beliau, berita gembira bagi pengusaha hasil laut itu ialah harga yang ditawarkan negara itu agak tinggi sedikit jika dibandingkan dengan tawaran daripada negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.

โ€œIkan bilis dan udang kering dari Malaysia dapat permintaan tinggi. Peniaga gembira dengan sampel kita walaupun harga tinggi, tapi mereka puas hati kerana kualiti hasil kita.

โ€œSebab itu, syarikat dari negara Timur Tengah itu menawarkan untuk mengeksport dua hasil laut ini kepada Nafas,โ€ katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Kata Entri Muran, sebagai permulaan sebanyak 25 tan ikan bilis dan udang kering akan dieksport ke UAE bulan ini dengan anggaran jualan AS$40 sekilogram dan pihak Nafas kini dalam proses penyediaan dokumentasi.

Beliau berkata, menerusi MoU itu juga Nafas akan mengeksport halia dan kunyit ke UAE dengan menjadikan Dubai sebagai pintu masuk sebelum memperluaskannya ke pasaran Timur Tengah serta Afrika Utara.

โ€œSebanyak 50 tan halia dan kunyit dijangka mula dieksport bulan depan dan Nafas kini sedang mengumpulkan tanaman itu daripada hampir sejuta ahli di seluruh negara.

โ€œSetakat ini, Nafas belum masuk pasaran Timur Tengah dan MoU ini sangat penting kepada kami untuk memperluaskan pasaran dan tentunya akan membantu ahli-ahli yang lain,โ€ katanya.

Nafas merupakan antara organisasi yang menyertai Minggu Pertanian Lestari di Expo 2020 Dubai yang bermula semalam sehingga Jumaat ini.

Minggu Pertanian Lestari di Pavilion Malaysia dihoskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) sebagai agensi pelaksana. โ€“ MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *