Hajiji: Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha TLDM bagi menjamin kedaulatan Sabah

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan salah satu agensi yang penting dalam melindungi kedaulatan dan kepentingan maritim negara kata Ketua Menteri Sabah Haji Hajiji Haji Noor.

“Terima kasih YBhg. Laksamana Muda Dato’ Roslan Mohd Yunus, Panglima Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM Sandakan atas kunjungan hormat hari ini.

“Saya telah diberi taklimat oleh YBhg. Laksamana Muda Dato’ Roslan sendiri mengenai peranan dan tanggungjawab TLDM terhadap operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara khususnya di kawasan maritim Sabah.

“Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa terbuka dan bersedia untuk menjalin kerjasama dua hala dengan TLDM sekali gus akan sentiasa menyokong usaha mereka bagi menjamin kedaulatan Sabah serta keselamatan rakyat negeri ini,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published.