Dua helikopter untuk menghantar bantuan bakul makanan di kawasan banjir- Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah dan di peringkat daerah yang terkesan akibat banjir, telah diaktifkan serta merta susulan hujan lebat sejak akhir-akhir ini.

Katanya, ini membabitkan daerah Tenom, Beaufort termasuk Membakut dan Sipitang serta Keningau, yang terjejas akibat banjir sejak beberapa hari lalu.

โ€œSaya telah mengarahkan semua pegawai daerah di kawasan yang terjejas banjir agar mengaktifkan jawatankuasa bencana masing-masing selama 24 jam.

โ€œIni bagi memastikan semua mangsa banjir dapat segera dipindahkan termasuk pemberian bakul makanan. Saya juga meminta penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi untuk banjir agar segera berpindah jika diminta berbuat demikian.

โ€œApa yang penting saya mahu bantuan makanan dan keselamatan penduduk diutamakan. Saya juga mengarahkan daerah lain yang berisiko banjir agar sentiasa bersiap sedia susulan musim hujan sejak akhir-akhir ini,โ€ katanya di sini hari ini.

Setakat jam 9 pagi ini, seramai 1,447 mangsa banjir di tempatkan di 11 PPS di Tenom, Beaufort dan Sipitang dengan membabitkan 373 KIR.

Banjir kali ini membabitkan 68 kampung di Beaufort manakala 33 kampung di Tenom.

Selain itu, pada Rabu lalu, beberapa kawasa di Penampang dan Putatan turut dinaiki air yang menyebabkan banjir kilat, susulan hulan lebat lebih dua jam.

Sehubungan itu, Ketua Menteri berkata semua kawasan atau daerah yang berisiko banjir termasuk yang memerlukan bantuan, sentiasa dipantau kerajaan menerusi Jawatankuasa Bencana Negeri dan di peringkat daerah masing-masing.

Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, beliau turut mengarahkan pengunaan dua helikopter pagi ini, untuk menghantar sebanyak 2,000 bantuan bakul makanan kepada lebih 1,400 mangsa banjir di Tenom, Beaufort dan Sipitang.

โ€œKerajaan melalui Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah telah meluluskan sebanyak 2,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu masing-masing 1,000 bakul makanan di Tenom dan Beaufort (termasuk Membakut).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *