Ketua Menteri Sabah beri sumbangan Hari Natal kepada golongan memerlukan di Tuaran

TUARAN: Seramai 154 orang daripada golongan warga emas, uzur, ibu tunggal dan anak-anak yatim Kadazan Dusun Murut (KDM) telah menerima sumbangan bakul makanan sempena Hari Natal yang bakal tiba.

Bantuan terbabit disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag bertempat di perkarangan Tembara Ku, Kampung Serusup, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan terbabit, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdul Kassim Razali, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Johari Saiman, Pegawai Daerah Tuaran, Mohd Sufian Alfian Nair, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sulaman, Murni Haji Lamsari, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Datuk Madiyem Layapan dan penyelaras program sumbangan Krismas, Peter Lintar.

Hajiji yang juga Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berharap dengan sumbangan itu dapat membantu golongan tersebut dalam menyambut kedatangan Hari Natal.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *