400 pengusaha pelancongan bakal terima surat tawaran geran RM20,000

KOTA KINABALU: Seramai lebih 400 orang pemohon dari golongan pengusaha pelancongan terjejas yang memenuhi syarat bakal menerima surat tawaran untuk menerima geran bernilai RM20,000 melalui ‘Sabah New Deal’.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata pihaknya sedang dalam proses mengeluarkan surat tawaran kepada semua pemohon yang layak menerima geran terbabit.

“Peruntukan baru sahaja diterima daripada kementerian kewangan selepas diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan lepas.

“Permohonan geran pembangunan pelancongan Sabah berjumlah RM10 juta telah mulai dibuka bermula Jun lepas dan kita telah menerima lebih dari seribu permohonan.

“Kementerian komited untuk meneruskan segala perancangan yang memberi manfaat kepada pengusaha pelancongan yang terjejas ekoran penularan COVID-19.

“Geran terbabit antara inisiatif kerajaan negeri Sabah bagi menambah baik kemudahan infrastruktur pelancongan seperti kemudahan inap desa dan produk pelancongan berasaskan komuniti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.