Dua rakyat Sabah terima vaksin COVID-19

KOTA KINABALU: Dua orang rakyat Sabah, Dr Zainab Kassim dan Leorita Joseph Henry menjadi orang Malaysia pertama yang menerima vaksin COVID-19 di United Kingdom dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Dr Zainab, yang merupakan pakar neonatologi Hospital King College, London yang berasal dari Membakut berkongsi pengalamannya ketika diberikan suntikan vaksin Pfizer dimana United Kingdom merupakan negara pertama yang menerimanya selepas dikeluarkan pada 7 Disember lepas.

“Mula-mula, kami didaftarkan temu janji dibuat untuk dos kedua dengan jarak 21 hari. Kemudian kami dihantar untuk duduk bersama petugas farmasi untuk mendalami pengetahuan berkenaan vaksin, kesan sampingan yang berpotensi dan persetujuan sebelum vaksin diberikan.

“Kemudian, kami diminta untuk tunggu selama 15 sehingga 20 minit sekiranya ada sebarang reaksi alergik seperti yang sebelum ini dilaporkan dijumpai sehari dimana reaksi alergik yang teruk berlaku setelah diberikan vaksin COVID-19.

“Sejujurnya saya takut tetapi Alhamdulilah, semuanya baik sahaja. Suntikan itu tidak terlalu rasa sakit berbanding suntikan selesema tahunan yang kami terima.

“Tiada sebarang reaksi segera. Keesokan harinya, lengan saya berasa sakit dan rasa sedikit demam. Itu sahaja. Setakat ini semuanya baik-baik, tiada sebarang masalah dan saya juga bekerja seperti biasa.

“Sesetengah staf juga enggan dan tidak berminat untuk mencuba vaksin terbabit. Mereka juga bergurau dengan berkata kalau saya masih hidup, saya akan pertimbangkan untuk mengambilnya,” katanya.

Dr Zainab juga turut bercerita di mana ketika ‘lockdown’ dilaksanakan di London dan bapanya yang berusia 75 tahun bersamanya di sana ketika itu membuatkan beliau sekeluarga mengambil langkah berjaga-jaga dengan membersihkan diri sentiasa bagi mengelak jangkitan COVID-19.

Apabila mendengar mengenai vaksin sudah sampai, Dr Zainab tidak teragak-agak untuk mengambilnya dan kebetulan stok vaksin ada untuk diambil pada hari ketiga.

Sementara itu, Leorita yang bekerja sebagai pustakawan klinikal di Hospital King College juga menerima dos vaksin pertama pada Khamis lepas.

“Saya menerima vaksin Pfizer/BioNtech di mana menjadikan saya sebagai antara rakyat Sabah dan Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 bersama rakan sekerja lain termasuk Dr Zainab.

“Sebagai pustakawan klinikal yang bekerja di hospital, adalah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan informasi yang disokong dengan bukti dan fakta untuk semua staf hospital dan juga orang awam.

“Kesalahan maklumat mengenai COVID-19 dan vaksin akan meletakkan seseorang individu dalam bahaya.

“Orang lain sangat skeptikal tentang vaksin kerana pelbagai sebab. Vaksin berperanan untuk meminimakan risiko penyakit teruk dari jangkitan, bukannya untuk mengelak jangkitan.

“Seperti vaksin atau ubat lain, bukanlah tidak mempunyai risiko tetapi reaksi teruk terhadap vaksin ini sangat kecil dibandingkan dengan perlindungan yang diberikan,” katanya.

Leorita berkata semasa pandemik COVID-19 mula melanda, beliau diarahkan untuk melindungi diri sendiri ketika bekerja di mana beliau tidak boleh berhubung secara bersemuka dengan orang lain disebabkan sistem imun yang lemah dan potensi dijangkiti lebih tinggi.

“Sukar untuk saya ketika itu di mana saya tidak boleh berjumpa secara bersemuka untuk membantu rakan sekerja lain di hospital,” katanya.

Leorita yang berasal dari Kepayan itu turut berharap agar selepas menerima vaksin, beliau tidak perlu berasa bimbang dijangkiti COVID-19 atau menjangkiti orang lain – sumber The Borneo Post

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *