COVID19 bukan alasan halang projek pembangunan negeri

Oleh: Ranya Saai

KOTA MARUDU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua pihak agar tidak menjadikan pandemik COVID19 sebagai alasan yang menghalang projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.

Katanya, pihaknya mahu masalah yang menghalang kerajaan untuk membawa kemajuan atau pembangunan kepada rakyat dapat ditangani.

โ€œJangan jadikan pandemik ini (COVID19) untuk tidak bergerak langsung. Disebabkan itu, apabila Sabah dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang ini, saya mengambil peluang ini untuk melawat ke daerah bagi mengetahui apa masalah pembangunan di seluruh daerah di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut mengarahkan semua ketua jabatan dan pegawai untuk mempermudahkan pembangunan atau projek kerajaan terutama yang sudah diluluskan dan diberikan peruntukan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan negeri turut menekankan bahawa perkara terbabit amat penting bagi memberi kemudahan pembangunan yang sepatutnya kepada rakyat di negeri ini.

Menegaskan perkara itu, beliau berkata ia adalah bertujuan untuk memastikan tiada projek pembangunan yang lambat disiapkan sekaligus hanya akan merugikan rakyat.

โ€œSebagai Ketua Menteri kepada Kerajaan Negeri baharu ini, saya mahu pelaksanaan projek kerajaan mesti dipercepatkan.

โ€œJika ada masalah cari penyelesaian, contohnya dalam taklimat tadi ada masalah berkaitan jalan raya (pembinaan) kerana tidak diberikan kebenaran oleh jabatan tertentu.

โ€œSepatutnya sebagai ketua (jabatan), kita boleh menggunakan budi bicara atau kebijaksanaan bagi menangani masalah seperti ini. Jika tidak, pembangunan itu akan lambat disebabkan kekangan yang boleh ditangani dan akan merugikan rakyat yang benar-benar memerlukannya,โ€ katanya selepas mendengar Taklimat Pembangunan Daerah Kota Marudu, di sini, hari ini.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Marudu, William Ahlan.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Julita Mojungki, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga merupakan ADUN Bandau Datuk Wetron Bahanda dan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan merangkap ADUN Tandek Hendrus Anding.

Dalam lawatan kerjanya ke sini, Hajiji turut menyampaikan Bantuan Tunai one-off RM300 kepada 20 penternak dan 14 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10.200., selain lima unit mesin pengisar rumput untuk memproses makanan ternakan.

Sementara itu, kerajaan negeri juga sudah membuat pembayaran sejumlah RM55,823,700 kepada 186,079 penerima Bantuan Tunai one-off RM300, setakat 21 Februari lepas.

Ini membabitkan pembayaran kira-kira 57.46 peratus menerusi pelaksanaan Bantuan Sabah Prihatin COVID19 2.0, selepas diumumkan pada 16 Januari yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *