Sabah Merekodkan 1,062 Kes daripada 20,596 Kes Covid-19

KOTA KINABALU : Kes jangkitan Covid-19 telah mencecah angka terbesar pada hari ini sebanyak 20,596 kes di seluruh Malaysia. Sabah merekodkan peningkatan daripada 949 kes kelmarin kepada 1,062 kes pada hari ini.

Datuk Seri Masidi Manjun, jurucakap Covid-19 negeri Sabah, telah mengingkatkan agar ketua kampung atau ketua mukim untuk menggesa rakyat dan penduduk mukim agar tidak mengadakan acara – acara keramaian termasuk tahlil, keduri kahwin dan sebagainya.

Masidi dalam kenyataannya ketika mengemaskini kes Covid-19 kelmarin meminta agar rakyat terus menerima suntikan vaksinasi dalam mengawal pandemik Covid-19 rentetan satu upacara pengebumian yang telah mencetuskan kluster baru Covid-19 iaitu Kluster Tampasuk di Kota Belud, dengan 29 kes positif dikesan setakat kelmarin hasil daripada 159 ujian saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *