Penolong pengarah kanan ditahan, disyaki minta suapan RM10,000

KOTA KINABALU – Seorang penolong pengarah kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta suapan kira-kira RM10,000 daripada orang awam.

Suspek berusia 54 tahun ditahan SPRM Sabah di pejabatnya, di sini kira-kira jam 3 petang Selasa.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta suapan bagi mempercepatkan urusan mengeluarkan surat tawaran tanah melibatkan pekebun kecil.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada esok.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan kes itu. – Sinarharian


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *