Dua wanita ditahan dalam pemeriksaan pusat hiburan

Sandakan : Dua wanita berumur 23 dan 25 tahun, ditahan dalam pemeriksaan sebuah pusat hiburan di Bandar Prima awal pagi tadi.

Operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan dengan kekuatan 1 Pegawai dan 6 Anggota.Hasil saringan urine terhadap kedua dua suspek, mendapati mereka positif dadah jenis Methaphetamine dan Amphetamine.

Kedua dua suspek ditahan dan dibawa ke IPD Sandakan untuk siasatan.

Kes disiasat dibawah Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Sabit kesalahan boleh dihukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.