Saksi pernah jumpa Bung Moktar, Zizie Izette bincang pelaburan unit amanah

KUALA LUMPUR: Seorang perunding unit amanah memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari bahawa beliau pernah berjumpa dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?client=ca-pub-3366905042802611&output=html&h=280&slotname=5225605088&adk=3713455661&adf=3958358290&pi=t.ma~as.5225605088&w=696&fwrn=4&fwrnh=100&lmt=1643257338&rafmt=1&psa=1&format=696×280&url=https%3A%2F%2Fsabahnewstoday.net%2Fsaksi-pernah-jumpa-bung-moktar-zizie-izette-bincang-pelaburan-unit-amanah%2F%3Ffbclid%3DIwAR3JIvwNfsxOef_IS9bLbbSbPN03_CsMFdDzBNEQ9nL9F2hWkXiQlya0LYA&flash=0&fwr=0&fwrattr=true&rpe=1&resp_fmts=3&wgl=1&adsid=ChEIgP_DjwYQzIX91uz0mrf9ARJMAHe3vTQl68wmBVag-8wAgM87tNePkwrosKs1vMDbXSvzog3OOpvG_VzaLNB8DqLc0AaKhaRdP5zAJpcUZe8NAyvMEFKN3P9qUMZweg&uach=WyJXaW5kb3dzIiwiMTQuMC4wIiwieDg2IiwiIiwiOTcuMC4xMDcyLjY5IixbXSxudWxsLG51bGwsIjY0Il0.&dt=1643257327986&bpp=45&bdt=1168&idt=45&shv=r20220125&mjsv=m202201200401&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Da09ee06f59d238fb-22642e45a2cf0083%3AT%3D1641167852%3ART%3D1641167852%3AS%3DALNI_Mboe3V-qYe7iQuMRT5QVrdDhPlZbw&prev_fmts=0x0%2C728x90%2C300x250&nras=1&correlator=1417008487320&frm=20&pv=1&ga_vid=944482548.1640595141&ga_sid=1643257327&ga_hid=700735436&ga_fc=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=864&u_w=1536&u_ah=816&u_aw=1536&u_cd=24&u_sd=1.25&dmc=4&adx=226&ady=1166&biw=1519&bih=746&scr_x=0&scr_y=0&eid=44750774%2C31064216%2C31062931&oid=2&pvsid=3029903577798002&pem=67&tmod=692239098&wsm=1&uas=0&nvt=1&ref=https%3A%2F%2Fl.facebook.com%2F&eae=0&fc=1920&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C1536%2C0%2C1536%2C816%2C1536%2C746&vis=1&rsz=%7C%7CoeEbr%7C&abl=CS&pfx=0&fu=128&bc=31&ifi=3&uci=a!3&btvi=1&fsb=1&xpc=cZQrArQM4v&p=https%3A//sabahnewstoday.net&dtd=10193

Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, berkata pertemuan di sebuah hotel pada awal 2014 itu diatur oleh rakannya dikenali sebagai Nik Juliana, yang juga rakan Zizie Izette, dan turut dihadiri seorang lagi ejen pelaburan iaitu Madhi Abdul Hamid.

Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata pada pertemuan singkat selama 10 minit tersebut, beliau cuma sempat memaklumkan kepada  Bung Moktar mengenai cadangan pelaburan untuk Felcra yang boleh memberikan keuntungan lebih besar berbanding deposit tetap.

Saya tidak sempat membuat pembentangan kertas cadangan pelaburan unit amanah Public Mutual,” katanya  semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan Zizie Izette di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Ditanya Mohd Sophian apakah maklum balas Bung Moktar selepas itu, saksi menjawab “ketika itu, tiada sebarang maklum balas kerana Datuk hendak cepat menunaikan solat zuhur.”

Norhaili berkata selepas gagal mendapat maklum balas daripada Bung Moktar, beliau menyampaikan hasrat itu kepada Zizie Izette dan pelakon tersebut berkata “saya cuba.”

Menjawab soalan Mohd Sophian berapa lama perjumpaan mereka dengan Zizie Izette, saksi itu berkata ” saya tidak pasti berapa lama sebab waktu itu waktu bekerja dan kami mempunyai janji temu lain… kami tidak minum air pun.”

Selepas perjumpaan itu, beliau telah menghubungi Nik Juliana meminta pertolongan untuk mengadakan pertemuan lain dengan Bung Moktar bagi membentangkan kertas cadangan tersebut.

“Saya minta kepada Nik Juliana untuk bercakap dengan Datin Seri Zizie Izette bagi mengadakan pertemuan lain,” katanya sambil menambah beliau mengenali Zizie Izette sebagai selebriti dan isteri Bung Moktar pada 2013 melalui Nik Juliana.

Norhaili akan menyambung keterangannya esok.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.