PDRM Tawau giat melaksanakan Operasi Bersepadu Mencegah Jenyah

TAWAU: Semalam, operasi empat penjuru di sekitar bandar Tawau telah berjaya dibuat dengan tangkapan seorang lelaki tempatan ditangkap bersama selaras senapang angin buatan sendiri dan sebilah pisau.

Kesalahan tersebut disiasat dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Selain itu, satu serbuan menyasarkan kepada penjualan bahan terlarang iaitu dadah telah berjaya menahan (2) lelaki bersama bahan rampasan iaitu beberapa paket plastik mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Ujian air kencing juga menunjukkan kedua-dua suspek positif dadah. Kes disiasat dibawah Seksyen 39A (1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Ditempat lain pada masa yang sama, tangkapan turut dilakukan ke atas seorang wanita warga asing dengan rampasan sebanyak 6 gram dadah disyaki jenis syabu dengan anggaran harga Rm 600.00. Wanita tersebut dibawa balik ke IPD Tawau luntuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen Seksyen 39A (1) ADB 1952.

Hasil daripada maklumat yang diterima Polis Tawau juga telah berjaya membuat tangkapan (1) lelaki warga tempatan dan (1) perempuan warga asing bersabit dengan kes Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun.

ACP Jasmin Bin Hussin, Ketua Polis Daerah Tawau menyatakan bahawa Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah (OBMJ) seperti ini akan dijalankan dari masa ke semasa.

” Kita akan menggerakkan semua elemen PDRM yang ada di daerah Tawau ini untuk membanteras segala aktiviti jenayah yang berlaku. Katanya lagi, kita mahu masyarakat berasa selamat walau di mana saja berada dengan adanya pasukan keselamatan yang sentiasa menggembleng tenaga menjaga keselamatan negara dan secara khususnya Daerah Tawau”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *