Sindiket ‘Mining Bitcoin’ Curi Elektrik Di Tawau Tumpas, Rampas 60 Mesin

TAWAU; 10 MARCH 2021 (Rabu) : Polis Tawau berjaya merampas 60-unit mesin Mining BitCoin yang dianggarkan bernilai RM180,000.00 dalam dua serbuan berasingan di Bandar Sri Indah (BSI), Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, dalam Serbuan Bersepadu yang dilakukan bersama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun selain merampas 20 unit mesin ‘Mining BitCoin’ dan perkakasan lain yang aktif beroperasi di premis berkenaan.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan berikutan tiada individu di premis berkenaan. Hasil siasatan, SESB mengalami kerugian lebih RM4,000.00 dengan kegiatan mencuri bekalan arus elektrik.

ACP Peter berkata, kes tersebut merupakan pertama kali berlaku di daerah ini dan tidak menolak kemungkinan ia mempunyai rangkaian dengan sindiket di daerah lain di negeri ini. Kedua-dua kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana mencuri arus elektrik. – Bestawaufm

Leave a Reply

Your email address will not be published.