Sabah catat 712 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Negeri Sabah mencatat 712 kes baharu COVID-19 sekaligus jumlah kes tertinggi selepas memasuki tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa kedua.

“Peningkatan ini menunjukkan masih ramai rakyat yang tidak mematuhiย  Prosedur Operasi Standard (SOP) yang meyumbang kepada peningkatan kes harian di Sabah,” kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun

โ€œ53.8 peratus bersamaan 383 iaitu lebih separuh daripada keseluruhan kes adalah disumbangkan daripada hasil saringan kontak rapat, diikuti tambahan 112 kes dari kluster sedia ada diikuti saringan bersasar sebanyak 88 kes.

โ€œJumlah kategori kontak rapat yang merekodkan kes paling tinggi juga satu petunjuk bahawa lebih ramai individu sudah menjadi pembawa virus ini dan kemungkinan sudah menjangkiti rangkaian sahabat atau pihak terdekat yang mengakibatkan jumlah jangkitan berganda.

โ€œOleh itu kurangkan pergerakan jika tidak mempunyai urusan penting bagi bersama-sama mengurangkan kes harian COVID-19 di Sabah,โ€ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *