Sabah akan membeli bekalan vaksin Covid-19 sendiri – Masidi

KOTA KINABALU : Demi mempertingkat kadar penerimaan vaksinasi Covid-19 dalam program imunsasi di negeri Sabah dan mengelakkan kesuntukan bekalan vaksinasi di negeri itu, Kerajaan Negeri Sabah tekad untuk membeli bekalan vaksin Covid-19 sendiri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menjelaskan bahawa inisiatif kerajaan negeri itu sebagai satu langkah persediaan yang baik untuk mengelakkan kebarangkalian bekalan vaksin di negeri itu berkurangan dan akan mengganggu proses untuk mencapai imuniti kelompok.

Menurutnya dalam satu kenyataan media, bagi memastikan semua penduduk menerima suntikan vaksinasi dengan kadar segera, kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu bersedia untuk membeli bekalan vaksin dengan menggunakan keuntungan perniagaan mereka.

Masidi turut mencadangkan penolakan jumlah dividen tahunan yang dibayar oleh GLC kepada kerajaan negeri setiap tahun digunakan untuk pembelian bekalan vaksin sehingga ada lebihan vaksin yang boleh didermakan secara percuma kepada rakyat yang berkelayakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *