Sabah catat 647 kes COVID-19 hari ini

KOTA KINABALU: Negeri Sabah mencatat jumlah 747 kes COVID-19, sekaligus menunjukkan peningkatan jumlah kes harian terbanyak.

“44 peratus atau 287 kes berkenaan berpunca daripada kluster-kluster sedia ada termasuk kluster baharu iaitu Jambatan Liawan Keningau yang mencatatkan 38 kes,” kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu sidang media.

“Kluster Penjara Kapayan menambah 204 kes baharu iaitu sejumlah 65.4 daripada  312 kes yang direkodkan di Kota Kinabalu.
“34 peratus atau 220 kes adalah berpunca dari kontak rapat dan Tawau turut mencatatkan kes tertinggi dalam kategori ini iaitu 58 kes,”

“Tawau semalam mencatatkan 78 kes, Keningau 39 kes, Kudat 35 kes, Sandakan 33 kes dan Sipitang 25 kes.

“Beaufort merekodkan 24 kes, Pitas 19 kes, Penampang dan Tuaran 13 kes, Semporna sembilan kes dan Putatan lapan kes,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published.