‘DINE-IN’ DIBENARKAN MULAI ESOK

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan melaksanakan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 mulai 29 Jun 2021 dengan mengekalkan sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) NegeriSabah PKP 3.0.

Beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi antaranya Dine-In di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel; gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buahbuahan di tepi jalan raya dan Kedai Gunting Rambut.

Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan. Sementara itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot.

Perincian Standard Operasi Prosedur (SOP) Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *