MUIS arah henti import daging halal Australia serta-merta

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengarahkan semua pemegang sijil halalnya untuk berhenti serta-merta mengimport dan menggunakan produk daging daripada pusat penyembelihan di Australia, Thomas Foods International Lobethal (TFIL).

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, MUIS mendapati terdapat sebab yang munasabah untuk merumuskan bahawa kesahihan daging halal daripada pusat penyembelihan TFIL sudah dikompromi.

โ€œKeputusan kami berdasarkan fakta dan pandangan daripada pihak-pihak berkuasa yang berwenang dan diyakini, selepas menjalankan siasatan dengan beberapa pihak terlibat,โ€ kata Sharifuddin Mohamed Ali, Ketua Rangkaian Bekalan Halal Muis seperti yang dilapor Berita Mediacorp.

MUIS juga menghubungi  pemegang sijil halal yang mengimport daging daripada TFIL untuk mendapatkan sumber-sumber halal alternatif demi memastikan bekalan makanan halal dalam negara tidak terkesan. 

โ€œKami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas keprihatinan mereka terhadap isu ini,โ€ jelas Sharifuddin.

Dalam catatannya di Facebook, MUIS komited untuk mempertahankan dan melindungi integriti serta kesahihan bekalan makanan halal untuk masyarakat Islam Singapura dan akan terus memberikan kemas kini serta nasihat kepada masyarakat berhubung aspek ini. -Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *