Mohamaddin Ketapi keluar Bersatu, kini Ahli Parlimen Bebas

KOTA KINABALU: Belum pun sampai setahun menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Parlimen Silam,ย  Datukย Mohamaddin Ketapiย membuat kejutan sekali lagi apabila mengumumkan keluar daripada parti berkenaan bagi menjadi ahli Parlimen Bebas.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu mengumumkan keluar daripada Warisan pada 30 Oktober tahun lalu bagi menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada masa itu.

Selepas hampir sebulan menjadi wakil rakyat Bebas, Mohamaddin memutuskan menyertai Bersatu dan penyertaannya diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 26 November tahun lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu di bawah payung Parti Warisan (Warisan). Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020 pula, beliau turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama..- UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *