Adakah Shafie begitu terdesak sanggup reka cerita dongeng, bunuh karakter Muhyiddin?

KUALA LUMPUR, 5 Jun โ€“ โ€œAdakah Shafie begitu terdesak sehingga sanggup mereka-reka cerita yang tidak benar kepada seorang individu yang sepatutnya dianggap sebagai rakan?โ€

Itu persoalan yang dilontarkan Ketua Penerangan BERSATU Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung kenyataan Presiden Parti Warisan Malaysia (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menghubunginya dua bulan lalu bagi mendapatkan sokongan untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Dalam laporan media, Mohd Shafie berkata, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Bagaimanapun, Wan Saiful mempersoalkan sekali lagi dakwaan liar tersebut dilihat mahu membunuh karakter Muhyiddin.

โ€œPetang tadi Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan beliau tidak pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.

โ€œLaporan berita ada memetik kata-kata Shafie Apdal berkaitan hal ini.

โ€œKenapa begitu terdesak sekali mahu melempar tohmahan dan membunuh karakter Tan Sri Muhyiddin?

โ€œSelepas ini, sesiapa yang bercakap dengan Shafie harus berhati-hati. Jangan sampai ada lagi cerita dongeng yang dijaja,โ€ katanya.

Muhyiddin dalam kenyataan media hari ini menafikan dakwaan Shafie pernah memberitahu pemimpin sebuah parti politik kononnya sudah mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Selain menyifatkan tuduhan terbabit tidak benar, bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau tidak pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa sudah mendapat sokongan majoriti terbabit.

Jelasnya, apa yang dibincangkan dalam siri pertemuan dengan beberapa pimpinan parti politik selain Barisan Nasional (BN) adalah untuk merintis persefahaman bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, Wan Saiful mengingatkan Shafie supaya lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan terhadap Muhyiddin.

โ€œShafie sepatutnya lebih berhemah. Bukan dia tidak kenal sosok tubuh yang bernama Muhyiddin Yassin, individu yang pernah menjelajah bersama ke seluruh negara untuk berjuang mengembalikan integriti kepada negara,โ€ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *