UMNO Sabah sasar sekurang-kurangnya 10 kerusi dalam PRU-15

KOTA KINABALU: UMNO Sabah mensasarkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah tidak kurang dari sasaran semasa PRU lepas termasuk komponen Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pada PRU14 lalu, UMNO telah bertanding bagi 14 kerusi parlimen membabitkan Parlimen Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Libaran, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan.

“Sasaran ini berpandukan kepada kajian parti melalui Jabatan Urusan Pilihanraya (JUARA) UMNO Sabah, dimana Sekretrariat Penyelidikan yang dipengerusikan Ir.Shahelmey Yahya bersama jawatankuasa akan membuat penyelidikan tentang kekuatan sokongan rakyat kepada UMNO bagi kerusi yang dituntut.

“Penyelidikan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan hasil daripada rumusan laporan itu nanti kita akan muktamadkan keputusan kerusi Parlimen mana yang bakal ditandingi oleh UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat JUARA UMNO Sabah, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, Pengerusi JUARA UMNO Sabah merangkap Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin dan Pengarah Pilihanraya PRU15 Datuk Sri Salleh Tun Said.

Bung turut berkata dalam soal agihan calon yang bakal bertanding pada PRU15 akan datang, perundingan awal bersama BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dilakukan secara telus berdasarkan kepada kekuatan parti masing-masing.

“Dalam PR15, kita nak menang untuk tubuhkan kerajaan bukan kerusi untuk bermegah , mesti diteliti setiap kerusi, geopolitik kehendak pengundi dan lokaliti,” katanya.

Dalan pada itu, Bung yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri I turut mengadakan perjumpaan bersama menteri dan pembantu menteri yang diwakili oleh UMNK kemudian susulan mesyuarat perhubungan UMNO Sabah.

“Saya harap semua wakil rakyat UMNO mengekalkan momentum untuk terus bekerja dan bersama rakyat bukannya bekerja ketika hampir masa untuk pilihan raya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *