Skuad Prihatin Negara Bersatu Sabah Bantu Mangsa Banjir
KOTA MARUDU: Skuad Prihatin Negara (SPN) Bersatu Sabah mengadakan gotong-royong membersihkan rumah mangsa bencana alam banjir, di sini baru-baru ini.
Rombongan itu turut disertai Naib Ketua Armada Bersatu Malaysia Ceasar Mandela Malakun dan Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah Dato Redonah Bahanda.
Selain menyerahkan bakul makanan dan sumbangan wang tunai kepada mangsa bencana banjir, Skuad Prihatin turut mengagihkan mesin pembersih air tekanan tinggi untuk digunakan bagi membersih kawasan gereja dan kawasan yang teruk dilanda banjir lumpur.
Antara kampung yang diziarah ialah Kampung Morion dan Kampung Batiton, Gereja Katolik St Mary Kampung Morion dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu.
Redonah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Marudu berkata, pewujudan Skuad Prihatin Negara adalah tanda kepada keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu dan permasalahan rakyat.
โSkuad ini melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.
โMenyedari akan keperluan semasa negara berhadapan dengan bencana banjir yang menjejaskan kehidupan seharian sebahagian penduduk di negeri dan mengambil inisiatif mewujudkan SPN dalam usaha membantu golongan yang terkesan semasa dan pascabanjir,โ katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyerahkan mesin pembersih air tekanan tinggi dan bakul makanan di Kota Marudu, semalam.
Tambahnya, ia adalah usaha berterusan Srikandi Bersatu Sabah dan Armada Sabah untuk terus mendekati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi di kala dilanda musibah.
โKita sentiasa fokus dalam gerak kerja selaras dengan matlamat perjuangan parti yang ingin menyantuni rakyat dan berkongsi dengan apa yang kita mampu bersama mereka khasnya semasa musibah sebegini berlaku seperti banjir kilat yang melanda negara ini,โ katanya.
Hadir sama, Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Sabah Anna Bell Perian, Setiausaha Kerja Srikandi Bersatu Sabah Aziah Atoh, Pengerusi Biro Kebajikan Srikandi Bersatu Sabah Salmi Sarinoh, Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kimanis Dayang Hairena Awang Basir Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Belud, Hasrina Wati Datuk Golkhan dan Ketua Armada Bersatu Bahagian Papar Azrul Ibrahim serta Srikandi dan Armada Bersatu Kota Marudu. – Sabah360