Azizah sampaikan sumbangan tangki kepada Hospital Beaufort

BEAUFORT : Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun yang diwakili pegawai daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Beaufort menyampaikan sebuah tangki air kepada Hospital Beaufort untuk kegunaan bilik mandi jenazah hospital.

Penyampaian itu telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Beaufort Dr Sutharsan A/L Kannan.


Sumbangan itu diharap dapat membantu meningkatkan sistem perkhidmatan pihak Hospital Beaufort.


Dalam pada itu, Azizah turut menitipkan pesanan kepada petugas barisan hadapan atas sumbangan mereka dalam usaha menangani pandemik COVID-19 termasuk khidmat kepada masyarakat di Beaufort dan sekitarnya sepanjang masa.


“Kepada semua petugas kesihatan Hospital Beaufort, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas ‘titik peluh’ dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam menangani wabak COVID-19 kepada masyarakat khususnya di Daerah Beaufort, ” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *