8 daerah di Sabah mencatatkan kes harian 2 angka

KOTA KINABALU : Jurucakap rasmi perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata sebanyak 168 kes jumlah kes harian COVID-19 direkodkan semalam (28 Disember) menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 239,883 kes setakat ini.

Lapan daripada 27 daerah di seluruh Sabah mencatatkan kes harian dua angkaย iaitu Kota Kinabalu (21), Penampang (18), Kota Belud (17), Putatan (16), Keningau (12), Ranau (11), Tuaran (11), dan Sipitang (10) kes.

“14 daerah lagi mencatatkan jumlah kes pada kadar satu angka dan lima daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” jelasnya dalam kenyataan media kelmarin.

Satu kes kematian dilaporkan membabitkan daerah Kota Kinabalu dan 326 kes bilangan pesakit COVID-19 sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negeri ini mencecah 232,915 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *