Lebih 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan Career Gig-SMJ

KOTA KINABALU: Lebih 2,500 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dan industri ditawarkan pada programย Career Gig-SMJ yang diadakan sempena sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) selama tiga hari bermula esok, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi kenyataan hari ini memberitahu program Career Gig-SMJ anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan diadakan pada Selasa (29 Mac) bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Katanya antara syarikat yang menawarkan pekerjaan termasuk SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd, SBH Kibing SolarNew Materials (M) Sdn Bhd, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Allianz General Insurance Co (M) Bhd, Marriott Hotel, Sutera Harbour Resort, dan Ibis Styles Hotel.

โ€œPekerjaan ditawarkan termasuk Jurutera Projek, Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrik, Pereka Grafik, Pengurus Sumber Manusia, Agen Takaful, Konsultan Spa, Kerani, Pengurus Akaun dan Pengurus Pemasaran,โ€ menurut kenyataan itu.

Mengenai Sambutan Setahun Hala Tuju SMJ pula, ia diadakan bertujuan mempamerkan pencapaian inisiatif Hala Tuju SMJ selama setahun membabitkan 28 pempamer terdiri daripada kementerian, jabatan, agensi negeri dan Persekutuan, syarikat pelabur, syarikat minyak dan gas.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dijadual merasmikan Sambutan Setahun Hala Tuju SMJ dan Career Gig-SMJ, pada Selasa.

โ€” BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *