Ketua Menteri Sabah terima kunjungan perpisahan Duta Besar Ukraine ke Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Ukraine ke Malaysia, TYT Olexander Nechytaylo di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, kelmarin.

Olexander yang telah berkhidmat selama 6 tahun di Malaysia akan kembali ke negara asalnya.

Selain sebagai Duta Besar Ukraine ke Malaysia, beliau juga menyandang jawatan Duta Besar bukan pemastautin ke negara Philipina dan Democratic Republic of Timor-Leste.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad dan Datuk Madiyem Laya-pan. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *