Sembilan kes kematian disebabkan COVID-19 di Sabah

KOTA KINABALU: Sembilan kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan di Sabah pada 26 Februari 2022.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, dua kes berlaku di Tuaran, Tawau dan Papar, manakala masing-masing satu kes di Kota Belud, Sandakan serta Keningau.

โ€œSabah juga merekodkan bilangan pesakit COVID-19 sembuh seramai 4,402 orang pada hari yang sama, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 280,112 orang.

โ€œBagaimanapun, seramai 2,029 pesakit masih sedang menerima rawatan iaitu 1,176 orang di hospital, 783 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 69 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara dan satu orang di fasiliti swasta,โ€ katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 72 orang merangkumi 55 di Unit Rawatan Rapi dan 17 di open ward serta 36 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 88 orang.

Dalam perkembangan berlainan, Masidi berkata sebanyak tiga kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia seluruh Sabah.

โ€œSemua kesalahan melibatkan individu gagal memakai pelitup muka,โ€ katanya. -UtusanBorneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *