Mayat di jumpai terapung

Satu mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Lubuk Lasas di Kampung Talungan, Telipok, pukul 9-pagi semalam.

Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa mati lemas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden George Abd Rakman ketika dihubungi pemberita RTM di Kota Kinabalu memberitahu, ahli keluarga mangsa telah melihat terdapat objek terapung 70-meter daripada rumahnya sebelum menyedari ia merupakan mayat terapung.

Berdasarkan keterangan ahli keluarga mangsa, kehilangan mangsa disedari mereka pada 3-April sekitar 7-malam.

Sumber : Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendent George Abd Rakman
Foto : Netizen

#RTMSABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published.