Sabah berpotensi jadi ‘pintu masuk utama’ perdagangan BIMP-EAGA

KOTA KINABALU: Sabah berpotensi besar menjadi ‘pintu masuk utama’ perdagangan yang kebanyakannya berfokus di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkiliย berkata perkara itu adalah tidak mustahil berikutan perkembangan berterusan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar yang sebuah projek yang diluluskan oleh kerajaan sebelum ini pada tahun 2016 berjumlah RM1.03 bilion.

Tambah Maximus, beliau turut berpuas hati dengan projek tersebut dan yakin bahawa perkhidmatan dan perniagaan pelabuhan yang ditawarkan itu turut mampu membantu ekonomi negara.

“Saya berpuas hati dengan projek ini yang sedang berjalan di bawah Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) ini.

“Ini diharapkan akan selesai pada tahun 2024 dan memenuhi perhatian serantau yang diberikan terhadap masalah kelestarian,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam selepas lawatannya di pelabuhan, Isnin lepas.

Dalam pada itu, Maximus juga mengakui usaha Sabah Port Sdn. Bhd. (SPSB) dan peranan strategiknya dalam memperkukuhkan industri ini.

“SPSB telah membelanjakan hampir RM1 bilion untuk menaik taraf kemudahan dan peralatan pelabuhan sejak pengambil alihan.

“Mereka juga telah melakukan kerja yang luar biasa sebagai peneraju industri, mewujudkan lebih banyak pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan Sabah,” katanya.

Sementara itu, Maximus juga turut memberitahu bahawa pihaknya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed bersama-sama memantau SEDIA, sebuah agensi koridor negeri Sabah yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan.

Dalam sesi lawatan terbabit, Maximus turut mendengar taklimat dari Pengarah Urusan SPSB, Datuk Ng Kiat Min dan naib presiden SEDIA, Dr Chong Vun Leong mengenai operasi dan status terkini.

Maximus juga menegaskan komitmen pihaknya umenyokong inisiatif Sabah Port dalam meletakkan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar sebagai hab pemindahan serantau yang berfungsi sebagai pintu masuk utama di BIMP-EAGA, Intra Asia yang lebih besar serta pasaran yang berkembang pesat di China, Korea dan Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *