Hajiji: Keluarga Malaysia mengeratkan hubungan

KOTA KINABALU: Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah telah dirasmikan hari ini oleh YAB Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). ๐Ÿ‘๐Ÿป

โ€œKeluarga Malaysiaโ€, kita yakin dapat mengeratkan hubungan, menyimpul persefahaman dan meningkatkan kerjasama di semua peringkat termasuk antara negeri dan persekutuan.

Banyak usaha yang telah dan sedang rancak berjalan melalui pelbagai platform dan diselaraskan di bawah mesyuarat Majlis Khas MA63, antaranya adalah kenaikan pemberian khas daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta sebagai langkah pertama penyelesaian kajian semula kadar pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga ingin memaklumkan pada hari ini, hasil melalui kenaikan pemberian khas ini akan terus dikembalikan kepada rakyat!

Wang tersebut akan digunakan untuk membina 1,500 Rumah Mesra SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah.

Kita juga inigin mencadangkan agar diwujudkan kerjasama negeri-persekutuan untuk menggabungkan program JAKM dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di peringkat akar umbi di Sabah.

Bak kata pepatah, sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. Susah atau senang kita kongsi bersama sebagai sebuah โ€œKeluarga Malaysiaโ€.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *