DSKB melancarkan pengagihan bantuan mangsa terjejas bencana

KOTA KINABALU: Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) Sabah yang boleh menampung bekalan keperluan asas selama dua minggu untuk 100,000 mangsa bencana telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Harun.

“Depoh ini siap dibina pada 10 Dis 2020 dan merupakan kemudahan depoh pertama di Sabah”

“Depoh ini akan berfungsi sebagai tempat penyimpanan, persediaan dan pengagihan bekalan barangan dan keperluan mangsa yang terlibat bencana,” katanya

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah salah satu agensi kerajaan yang akan bertanggungjawab melaksanakan penyaluran bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa bencana di semua pusat pemindahan yang dibuka,” Jelasnya

“JKM mempunyai lapan depoh di seluruh negara, iaitu di Johor, Kedah, Johor, Selangor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak dan yang terbaharu dilancarkan di Sabah.”

“Kewujudan DSKB di Sabah ini akan melancarkan lagi proses pengurusan bantuan kepada mangsa,” Katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Kasih Prihatin Yayasan Kebajikan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *