Bayi baru lahir ditemui di ladang kelapa sawit

SEMPORNA: Seorang penduduk kampung menemui seorang bayi yang masih bernyawa di dengan berbalut tuala ditemui di celah pelepah sawit di kebun sawit, Kampung Lahat Lahat, Jalan Tanjung Kapor

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintedan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata bayi berkenaan ditemui oleh awam kira-kira jam 11.00 pagi tadi sebelum membuat laporan polis.

โ€œSebaik menerima maklumat berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Semporna bergegas ke lokasi kejadian.

โ€œPolis mendapati bayi lelaki cukup sifat itu hanya berbalut tuala dan diletakkan di celah pelepah sawit yang telah disabit di ladang tersebut,โ€ katanya dalam kenyataan media hari ini.

โ€œBayi itu dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam dan masih hidup, namun tiada  sebarang dokumen ditemui.

โ€œPolis kemudiannya membawa bayi berkenaan ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat,โ€ katanya.

Farhan berkata, bayi seberat 2.85 kilogram itu disahkan dalam keadaan sihat dan kini di tempatkan di wad kanak-kanak untuk pemantauan rapi.

โ€œSiasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan diatas kesalahan membuang bayi,โ€ katanya.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *