Polis Marin Sandakan berjaya merampas barang kawalan dan dadah anggaran berjumlah RM46,343

SANDAKAN, 14 Julai 2021: Empat orang lelaki ditahan Polis Marin (PPM) Sandakan kerana membawa barang kawalan tanpa permit di kawasan laut Pulau Bai awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin berkata semasa Polis Marin menjalankan tugas risikan telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan menuju ke laut lepas.

Bot tersebut telah ditahan yang dijuragani oleh seorang lelaki dan tiga orang awak-awak yang berumur antara 30 hingga 50 tahun.

Hasil pemeriksaan ke atas jongkong telah mendapati barang kawalan dalam milikan juragan seperti beberapa kotak minyak masak dan Mee kering.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM46,348.40 termasuk nilai enjin dan jongkong yang dirampas.

Pemeriksaan lanjut ke atas juragan didapati memilik dadah yang disyaki jenis syabu dan saringan air kencing adalah positif.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.Masyarakat disarankan dan dialu-alukan menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *