HARI SABAH 2024 DISAMBUT MERIAH

KOTA KINABALU, 4 Sepโ€“ Hari Sabah yang buat pertama kalinya disambut tahun ini membawa makna yang cukup mendalam kepada seluruh rakyat Sabah.

Selari dengan semangat lagu , โ€˜Sabah Tanah Airkuโ€™, tarikh keramat yang diraikan ini menjadi medan penyatuan pelbagai kaum dan etnik selain menyemarakkan lagi rasa cinta serta bangga sebagai rakyat di bawah bayu.

Beverley ,Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Air |STARSABAH ketika ditemui pada Sambutan Hari Sabah 2024.

Beverley Koh , menyifatkan Sambutan Hari Sabah sebagai suatu pengiktirafan yang sanggat tinggi terhadap sejarah selain menghargai jasa serta perjuangan pemimpin terdahulu.

โ€œPemimpin terdahulu telah membawa Sabah ke arah kemajuan dan kemakmuran hari ini, sebagai rakyat Sabah, terima kasih dan syukur kerana ini akan membangkitkan semangat rakyat untuk terus menghargai warisan serta mempertahankan identiti Sabah dengan penuh kebanggaan. Ditambah pula ,Status kedudukan Sabah dan Sarawak yang diangkat kepada wilayah akan memberi kelebihan, khususnya dari segi pelaksanaan autonomi wilayah masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *