Program Ikan Rakyat menawarkan ikan berkualiti dan murah
KOTA KINABALU |
Istilah โikan rakyatโ adalah merujuk kepada ikan yang biasanya dijual dengan harga yang lebih rendah dan mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Di Sabah spesis ikan-ikan itu lebih dikenali sebagai ikan basung, lumahan, kayu, ikan mata merah dan lain-lain yang harganya mampu milik.
Istilah itu juga merujuk kepada jenis ikan yang sering dimakan oleh majoriti rakyat kerana ia lebih murah dan mudah didapati berbanding jenis-jenis ikan yang lebih mahal seperti ikan salmon dan ikan merah.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata demikian di Majlis Pelancaran Ikan Rakyat, di Padang Merdeka semalam.
โPengeluaran hasil ikan di Sabah kini melebihi pencapaian 100% Tahap Sara Hidup (SSL), namun masih ramai rakyat khususnya di pedalaman yang masih lagi belum dapat menikamti hasil ikan, dan jika adapun harganya berlipat ganda, dan kualitinya juga tidak berada pada tahap yang memuaskan.
โJustru langkah telah diambil untuk mengangkat program tersebut dengan tujuan mengurangkan beban kos perbelanjaan harian pengguna dengan menawarkan ikan pilihan rakyat pada harga berpatutan.
โKedua, menyasarkan penduduk luar bandar yang sukar mendapat bekalan ikan.
โKetiga, membantu menstabilkan bekalan dan harga ikan khususnya di luar tempoh musim ikan, sekaligus mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup rakyat; dan keempat, mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan baharu untuk menceburi bidang perikanan dan meningkatkan pendapatan berasaskan jumlah jualan yang tinggi,โ katanya.
Menurutnya lagi, permintaan hasil laut perikanan amat tinggi khususnya eksport sehingga tidak dapat ditampung, justru SAFMA perlu menghasilkan pengeluaran jumlah besar, namun usaha itu memerlukan sokongan fasiliti-fasiliti terkini untuk merialisasikan hasrat yang dimaksudkan.
Antaranya ialah usasahama dengan syarkiat-syarikat tempatan yang berkupuayaan dan berpengalaman, khususnya dalam bidang stor sejuk (cold storage), pemprosesan dan pelbagai kemudahan berkaitan.
Katanya, saranan itu selaras dengan cadangan Perdana Menteri baru-baru ini yang mahukan pelaburan langsung domestik (DDI) dapat diperkasakan agar dapat menjadi penanda aras untuk menarik potensi pelabur-pelabur asing melalui “Foreign Direct Investement” (FDI).
Jelasnya, berpandukan kepada data pendaratan ikan dari Jabatan Pertanian Sabah pada tahun 2022, Kota Kinabalu menunjukkan penyumbang terbesar iaitu lebih 70 ribu tan, diikuti Kudat lebih 36 tibu tan, Semporna lebih 30 ribu tan dan Tawau 29 ribu tan.
Sementara itu, dianggarkan 80% jumlah pendaratan di daerah Kota Kinabalu dilakukan di Jeti Pendaratan Kompleks SAFMA, bermakna SAFMA semestinya sumber bekalan yang memenuhi keperluan program Ikan Rakyat.
โProgram โIkan Rakyatโ sejajar dengan fokus kerajaan untuk melestarikan keterjaminan makanan atau food security,โ ujarnya.
Kejayaan program itu dijangka akan menarik minat para pemain industri untuk memperkayakan lagi sumber ikan, sekaligus merancakkan lagi aktiviti-aktiviti memproses, pengeluaran produk-produk hiliran dan meluaskan kawasan pemasaran.