Kalau Tolak Vaksin COVID-19, Saya Suntik Vaksin Babi – Presiden Filipina

โ€œAnda dapatkan vaksin, jika tidak, saya akan memerintahkan semua ketua kampung untuk mengira berapa orang yang menolak untuk disuntik dengan vaksin,โ€ tambahnya, โ€œJika tidak, saya akan suntik mereka dengan Ivermectin yang dikhaskan untuk babi,โ€ kata Rodrigo Duterte, Presiden Filipina seperti yang dilaporkan oleh Reuters.

Kenyataan Duterte ini hadir selepas beliau berang dengan program vaksinasi yang perlahan di Filipina. Sejak 20 Jun, pihak berkuasa hanya memberi vaksin kepada 2.1 juta orang. Jumlah ini jauh daripada sasaran Duterte yang mahukan hingga 70 juta orang disuntik vaksin COVID-19 di negara yang mempunyai 110 juta penduduk.

Ucapan Duterte ini jelas bertentangan dengan hasrat pihak kesihatan Filipina yang mendakwa bahawa adalah tidak wajar untuk mendesak orang untuk menerima vaksin COVID-19. โ€œWalaupun orang ramai digesa untuk mengambil vaksin COVID-19, namun kalau boleh biarlah mereka ambilnya secara sukarela.โ€

Sebelum ini, The Vocket melaporkan Duterte mengancam untuk memenjarakan rakyat Filipina jika mereka menolak penggunaan vaksin COVID-19, โ€œAnda yang pilih, vaksin atau saya penjarakan anda.โ€ kata Duterte di program rasmi kerajaan. Kemudian The Inquirer melaporkan bahawa Duterte turut menambahkan ancaman lain,โ€Saya tangkap Anda. Dan saya akan suntik vaksin ke bontot anda.โ€

Untuk rekod, Duterte adalah orang yang tegas dan ini bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Pada Ogos 2020, sedang dunia mempersoalkan keberkesanan vaksin yang dibuat oleh Rusia, Duterte dengan senang hati menawarkan dirinya sebagai tikus makmal sambil menyuarakan keyakinan dengan vaksin keluaran Rusia.

Jauh sebelum itu lagi, sewaktu Filipina dilanda musim awal wabak COVID-19 dan perintah โ€˜lockdownโ€™ dikuatkuasakan. Duterte telah mengancam untuk membunuh rakyatnya yang ingkar dengan arahan kerajaan. Ia turut memberi lampu hijau kepada tentera dan polis untuk menembak sesiapa sahaja yang menganggu kerja barisan hadapan untuk membendung wabak COVID-19.

Sumber Berita: thevocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *