Usahasama SBCC, SUCC dan KCCI sasarkan peningkatan Hala Tuju SMJ

KOTA KINABALU: Usahasama tiga dewan perniagaan utama di Sabah diharap akan mampu membantu usaha kerajaan negeri dalam mencapai sasaran peningkatan perniagaan selaras dengan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam sesi pertemuan dengan delegasi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (SBCC), Gabungan Dewan Perniagaan Cina Sabah (SUCCC) serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun KCCI di Menara Kinabalu, kelmarin.

Hajiji berkata, menerusi penggabungan itu, dewan perniagaan akan menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan bagi merealisasikan objektif yang digariskan dalam Halatuju SMJ.

Pada acara berkenaan, Presiden SBCC, Datuk Hasnol Ayub yang mengetuai delegasi bersama Presiden SUCCC, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt dan pemangku Presiden KCCI, Datuk Ladislaus Maluda memberi taklimat kepada Hajiji mengenai pembentukan sebuah jawatankuasa yang membabitkan ketiga-tiga dewan perniagaan.

Hasnol berkata, ketiga-tiga dewan perniagaan tidak mempunyai kerjasama yang kukuh sehinggalah timbul cadangan untuk mewujudkan kerjasama secara rasmi bagi menyatukan ketiga-tiganya dari segi fungsi masing-masing.

Katanya, mereka turut memaklumkan Hajiji mengenai perancangan untuk mengadakan lawatan perniagaan ke perniagaan (B2B) di Nusantara, Kalimantan bagi membentuk jaringan perniagaan susulan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

โ€œKita berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana menyokong ketiga-tiga dewan perniagaan dan kita melihat ke hadapan dalam usaha membantu kerajaan memandangkan kini kita sudah membentuk hubungan secara rasmi,โ€ katanya. -Sabah360

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *