Sambutan Mahasiswa Sabah baharu di Kaherah

KAHERAH, 8 DISEMBER 2021: Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dengan kerjasama Pejabat Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) telah menyambut ketibaan seramai 16 orang mahasiswa/wi Sabah yang selamat tiba di Cairo International Airport, Terminal 2 pada jam 12:45 tengah hari Mesir seterusnya mengadakan Sambutan Mahasiswa Sabah Baru (SMB).

Program SMB ini bermula dengan mendengar taklimat daripada Pegawai Atase Negeri Sabah Ustaz Haji Hafiz bin Datuk Dr. Haji Hamzah Al-Hafiz di Dewan Tun Mustapha WYSK. Kemudian, para peserta SMB menjamu selera sebelum memasuki rumah apartment.

Selepas solat Isyak, para peserta SMB mendengar slot kesihatan yang disampaikan oleh saudari Shameela Alia binti Shaurol, Mahasiswi Sabah kuliah Perubatan dan di ikuti slot keselamatan oleh saudara Muhamad Siblee bin Suaimi.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Bahagian Zakat dan Fitrah (BZF), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan juga semua agensi serta asatizah yang terlibat dalam menguruskan perjalanan mahasiswa Sabah Mesir Baharu.

Pada kesempatan ini, BKPSM dan WYSK ingin mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum kepada semua mahasiswa yang selamat tiba di Mesir bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar bagi sesi 2021/2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *