Pemohonan suntikan modal perniagaan untuk wanita dibuka

Permohonan bagi Program Bantuan MyKasih Kapital yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 lalu kini telah dibuka.

Insentif tambahan ini bakal memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan dalam menjayakan objektif memperkasa ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Malah ia merupakan satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Seramai 2,000 wanita akan dipilih berdasarkan kelayakan bagi memulakan projek rintis ini.

Permohonan boleh di buat melalui pautan yang terdapat di laman Facebook Yayasan Kebajikan Negara atau boleh juga layari laman sesawang Yayasan Kebajikan Negara di yknm.org.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.