Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara(JKKN) telah menganjurkan program Iftar@KLKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara(JKKN) .

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara(JKKN) telah menganjurkan program Iftar@KL yang diadakan di Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh YB Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.Program Iftar at KL diadakan pada 15 dan 16 April 2023 sebagai inisiatif mengimarah bulan Ramadan. Antara pengisian menarik termasuklah penyediaan bubur lambuk, tadarus Al-Quran, solat tarawih, persembahan nasyid dan pelbagai lagi aktiviti.Program Iftar@KL ini diadakan di kawasan yang berlatar belakang pemandangan menarik Bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi salah satu tarikan utama ibu negara dan dibuka kepada orang awam bagi memeriahkan lagi program.Turut hadir, YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha MOTAC, Pengurusan Tertinggi MOTAC dan Pegawai-pegawai Kanan MOTAC serta JKKN.#MyMOTAC#MySeniBudaya#IftarAtKL#IslamicTourismMalaysia#MalaysiaTrulyAsia#MalaysiaMADANI#VisitMalaysia2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *