Program ConnectMeNow dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah hari ini

KUDAT, SABAH : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor membuktikan keprihatinannya tentang masalah tahap ketersampaian rangkaian internet di Sabah dengan melancarkan penubuhan kemudahan ‘Very Small Aperture Terminal (VSAT)’ tahun ini.

Program ConnectMeNow dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah dan baucer untuk penubuhan tujuh fasiliti VSAT ConnectMeNow diserahkan kepada Pegawai Daerah Kudat, Haji Bakri Haji Nanun.

Peruntukan tersebut melibatkan Kampung Andap, Kampung Popot, Kampung Bak Bak, Kampung Bingolon Laut, Kampung Gumandong, Kampung Rampai dan Hutan Simpan Loro.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah juga telah memasang lima fasiliti VSAT sebagai percubaan di Ranau, Tambunan, Pitas, Papar dan Institut Latihan Teknologi dan Penyelidikan Papar.

Sebanyak 300 unit fasiliti VSAT turut diperuntukkan untuk memenuhi program Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada tahun hadapan serta sebanyak 138 kawasan di Sabah turut diperuntukkan dengan fasiliti tersebut untuk menambahbaik jaringan ketersampaian di negeri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.