KYS Komited Bantu,Perkasa Usahawan IKS Sabah Ke Peringkat Antabangsa

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) komited untuk membantu dan memperkasakan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di negeri ini ke peringkat antarabangsa menerusi Program Global Entrepreneur One Stop Centre (GLOPEC).

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar berkata, KYS juga akan terus menyokong usaha Kerajaan Negeri menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan mengutamakan kemajuan serta kesejahteraan rakyat.

โ€œKerajaan negeri yang berpayung di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk membantu usahawan, bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan membawa kesejahteraan kepada rakyat, sebagaimana tema Belanjawan 2022 yang dibentangkan Disember lalu iaitu โ€˜Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahteraโ€™.

โ€œBelanjawan 2022 yang merupakan bajet tahunan kedua di bawah Hala Tuju SMJ membawakan banyak khabar gembira kepada pengusaha IKS kita, kerana berbagai insentif, kemudahan dan pakej menarik disediakan menerusi kementerian, jabatan dan agensi berkaitan,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Surat Tawaran Bagi Usahawan Program  GLOPEC di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera di sini hari ini.

Gulam berkata, kerajaan negeri telah memperkenalkan Program Bantuan IKS (BAIKS) yang kini telah membantu lebih 3,200 usahawan.

Katanya, kerajaan turut komited melaksana program ke arah meningkatkan kualiti produk IKS dan meneroka pasaran luar negeri secara digital.

โ€œSelain memenuhi rangkuman aspirasi rakyat, usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah atas kesedaran bahawa sektor IKS penting dalam membantu kita melonjakkan ekonomi negeri jangka panjang secara keseluruhannya.

โ€œKehadiran GLOPEC sudah tentu menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan memperkasa usahawan IKS kita, dalam meneroka pasaran global, merentasi dunia yang kini tiada sempadan,โ€ katanya.

Sementara itu, Gulam berkata, usaha untuk menjayakan GLOPEC yang dilancarkan 9 September 2021 telah giat dijalankan dengan kerjasama rakan strategik di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Katanya, program ini sudah berada di fasa mengeksport produk usahawan GLOPEC ke United Kingdom dan juga negara China.

โ€œMalahan, sampel produk usahawan juga telah dihantar ke China untuk tujuan pengenalan terhadap produk-produk usahawan GLOPEC. Walau bagaimanapun, kita masih berhadapan dengan cabaran akibat kemunculan varian virus baharu sekaligus memberikan kesan terhadap proses mengeksport.

โ€œSaya dimaklumkan bahawa proses mengeksport barangan ke United Kingdom mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan bagi memastikan garis panduan dan peraturan dipatuhi selari dengan polisi semasa di negara terbabit.

โ€œSementara di China, mereka memperkenalkan polisi terbaharu, dengan menutup sempadan perdagangan di beberapa buah wilayah termasuk Chengdu pada November 2021, bagi menyekat penularan varian virus Omicron. Namun begitu, kekangan ini tidak menghalang kita untuk mengambil langkah proaktif dalam mengusahakan program ini,โ€ katanya.

Sebanyak 16 buah produk dan 108 Unit Penyimpanan Stok (Stock-Keeping Unit, SKU) terdiri daripada 38 makanan dan minuman serta kosmetik dan juga 70 jenis kraftangan, mempunyai potensi untuk dipasarkan di luar negara terpilih. – SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *