Kerajaan Negeri Sabah menyerahkan 10,000 unit komputer riba sewaktu pelancaran Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) di Kudat

KUDAT, SABAH : Kerajaan Negeri Sabah dibawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) prihatin akan keperluan komputer riba terutama di kawasan pedalaman Sabah. Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) telah dirasmikan dan dilancarkan di Kudat hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor telah hadir dan merasmikan Program BAIK itu sekaligus melancarkan pemberian bantuan komputer riba daripada kerajaan negeri kepada seramai 513 pelajar dari beberapa sekolah di daerah itu.

Hajiji turut sempat menyerahkan sendiri sebuah komputer riba kepada seorang calon STPM daripada SMK Kudat tahun ini, Muhd Azman Sumar,19, di Kampung Landung Ayang, Kudat.

Sebanyak 10,000 unit komputer riba telah dibekalkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,842 unit diserahkan kepada pelajar – pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan manakala 158 unit lagi diserahkan kepada pelajar – pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri.

Hajiji berharap pemberian komputer riba itu akan memberi manfaat dan digunakan sehabisbaik oleh calon – calon SPM dan STPM yang menerima bantuan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.