Skuad “The Rhinos” Perlu Kutip 3 Mata Di Stadium Likas Sabtu Ini : Kurniawan

KOTA KINABALU: Sabah FC memerlukan kemenangan menentang UITM FC, sabtu ini di laman sendiri sekaligus meraih tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata semua pemain tiada alasan kecuali fokus kepada kemenangan apabila hanya berjaya mengutip satu mata dalam perlawanan menentang Penang FC minggu lalu. Katanya semua pemain perlu mengekalkan rentak persembahan sedia ada untuk menjamin Sabah FC mengutip tiga mata penting di gelanggang sendiri.

โ€œKita sudah menganalisis beberapa game UITM FC. Mereka bukan team yang senang untuk dikalahkan…..Jadi kita harap semua pemain lebih extra kerja keras termasuk lebih bersabar sekaligus mencipta kemenangan nanti.

โ€œDalam perlawanan nanti UiTM FC mungkin akan lebih defensif tapi dalam masa sama semua pemain akan cuba merancang bagaimana untuk memecahkan pertahanan UiTM FC nanti untuk menjaringkan gol kemenangan,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menjalani latihan di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi. Kurniawan berkata, adalah tidak mustahil Sabah FC mencipta kemenangan sabtu ini sekiranya semua pemain meletakkan kemenangan sebagai sasaran utama dalam perlawanan ini.

โ€œKita tekankan di sini….tidak ada jaminan pemain untuk bermain sebagai kesebelasan utama. Siapa pun yang siap dalam training dan memberikan kemampuan mereka 100 peratus dalam training mereka yang akan bermainlah,โ€katanya.

Kurniawan berkata Sabah FC ada masa dua hari untuk memilih pemain yang bersesuaian dengan perancangan utama Sabah FC menentang UiTM FC nanti.โ€œSemua ok….tapi bukan hanya mereka bertiga lah (Rawilson, Azizan dan Mafry). Semua pemain yang di padang ikut training mereka memang 100 peratus. la tinggal nanti bagaimana kita mempersiapkan team serta memilih pemain dalam kesebelahan utama nanti,โ€ katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan pemain pertahanan Sabah FC, Mafry Balang ketika diminta mengulas isu yang tular di media sosial mengenai pemain pasukan itu yang dikatakan tidak dibayar gaji selama tiga bulan beliau berkata, pihak pengurusan serta pemain tidak mempunyai masalah berkaitan isu yang ditularkan di laman media sosial baru-baru ini.

โ€œSebenarnya masalah ini bukan serius…..Sebagai satu pasukan kita tidak boleh share satu masalah baik kecil atau besar ke laman sosial media, kerana kita anggap pasukan ini sebagai satu keluarga untuk sama-sama berbincang,โ€ katanya.

Mafry juga menyambut baik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Khairul Firdaus Akbar bahawa pihak pengurusan Sabah FC menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai pemain pasukan itu yang dikatakan tidak dibayar gaji selama tiga bulan.

Mafry berkata dalam kenyataan itu juga Khairul Firdaus mengakui memang berlaku kelewatan pembayaran gaji, namun tidak pernah tertunggak lebih daripada sebulan. โ€œKetika ini semuanya berjalan dengan lancar dan memang bagus….Kita mempunyai pihak pengurusan pasukan yang sangat baik. Setakat ini tiada masalah sehingga mencacatkan perjalanan perancangan pasukan Sabah FC berkaitan isunyang ditularkan di laman media sosial itu,โ€ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *