Saddil tatap di Sabah

Sabah FC menolak permintaan sebuah Kelab Liga Serbia yang mahu mendapatkan khidmat pemain sayap Indonesia Saddil Ramdani yang kini menjadi pemain import Sabah FC.

Gaambar Sabah Football Club

Pengurus Pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir berkata permintaan daripada kelab berkenaan ditolak kerana masa untuk mencari pemain lain bagi menggantikan Saddil untuk kuota pemain import Asia terlalu suntuk.

Selain itu, kelab berkenaan mahu kita melepaskan Saddil secara percuma tanpa sebarang bayaran perpindahan. Seperti yang kita tahu, semua perpindahan itu ada bayaran lebih-lebih lagi Saddil telah menandatangani kontrak bersama Sabah FC.

Saya juga telah menghubungi Saddil dan beliau komited untuk bersama dengan Sabah FC. Kini Saddil berada di Semenanjung untuk menjalani kuarant!n dan beliau akan bersama-sama dengan kita pada 13 Jan ini, katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi latihan pasukan di Stadium Likas di sini petang Isnin.

Mengenai persiapan Sabah FC bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim 2022, Marzuki berkata persiapan berjalan lancar dan semua pemain dilihat semakin bersemangat dan serasi walaupun ramai pemain baharu diserapkan dalam skuad berkenaan.

“Kita belum meletakkan sebarang sasaran kerana terlalu awal.namun kita yakin mampu memberikan yang terbaik berbanding sebelum ini,” katanya.

Sumber:- SH

Leave a Reply

Your email address will not be published.