Sabah Raja set piece

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, senjata set piece sekali lagi memberi kelebihan kepada skuad kendaliannya apabila dua gol yang dihasilkan dalam aksi men3ntang Terengganu FC, malam tadi, adalah daripada situasi bola mati.

Katanya, situasi bola mat! itu memang menjadi keutamaan pasukannya untuk mencipta gol dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Jadi kita harus mengekalkan apa yang kita lakukan dan yang penting pemain menunjukkan satu semangat juang tinggi terutama dalam separuh masa kedua untuk cuba kembali mendapatkan gol pertama.

Seterusnya berjaya mendapat gol kemenangan, katanya mengulas aksi Liga Super malam tadi.

Katanya, pasukannya berada dalam tekanan apabila ketinggalan 1-0 di tangan TFC selain gagal melakukan penyudah dengan baik meskipun berpeluang menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Sementara itu, pengendali TFC, Nafuzi Zain, mengakui situasi pasukannya bertukar sejurus Sabah mendapat peluang bola mati yang berjaya diterjemahkan kepada jaringan.

Secara keseluruhannya, persembahan TFC agak baik, kita dapat mengawal situasi dan mendapat rentak permainan selepas 20 minit bermain.

โ€œCuma kelekaan sedikit menyebabkan kita dibolosi dua gol dan kita tahu set piece adalah kelebihan Sabah,โ€ katanya.

Dalam aksi di Stadium Likas, malam tadi, skuad The Rhinos bangkit dari ketinggalan sebelum menundukkan Terengganu FC 2-1.

Pasukan pelawat lebih dulu membuka tirai jaringan hasil cubaan Manuel Ott di penghujung babak pertama perlawanan.

Bagaimanapun, Park Taesu muncul wira Sabah FC apabila โ€˜menandukโ€™ dua gol iaitu masing-masing pada minit ke-71 dan ke-72 sekali gus mengesahkan kemenangan milik tuan rumah.

sumber:- HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *