Sabah kalah lagi

Kota Kinabalu : Jika sebelum ini Sabah Football Club (FC) dikalahkan oleh oleh PJ City 1-0 dilaman sendiri, kali ini Sabah Football Club (FC) dibawah bimbingan ketua jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto dikalahkan oleh pasukan Sri Pahang 2-1 di laman lawan pada perlawanan malam tadi.

Pada minit ke-55, penyerang import Yevhen Bokhashvilli menceriakan pasukan Sri Pahang apabila menjaringkan gol pendahuluan.

Lee Tuck menambah kekecewaan Sabah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-70.

Namun, Saddil Ramdani menjaringkan gol buat Sabah pada minit ke-80 tetapi ia sudah terlambat daripada menghalang tuan rumah melakar kemenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.