Sabah Futsal bakal jadi pasukan yang digeruni

KOTA KINABALU: Pasukan Sabah Futsal yang telah lama menyepi dalam arena futsal negara bakal kembali dengan wajah dan strategik baharu yang dilihat bakal menjadi pasukan yang akan memberi saingan dan digeruni dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2021.

Mengikuti perkembangan dalam laman rasmi Sabah Futsal Team, Sabah Futsal telah beberapa kali melakukan perlawanan persahabatan dengan pasukan negeri lain dan pasukan futsal popular. Prestasi yang ditunjukkan dalam perlawanan persahabatan tidak mengecewakan tetapi mengejutkan dengan menunjukkan permainan yang luar biasa.

Antara keputusan perlawanan yang telah berlangsung, Sabah Futsal 8 – Qis United 3, Sabah Futsal 4 – Negeri Sembilan 5, dan Sabah Futsal 7 – Dani FC 3.

Beberapa pemain kebangsaan seperti Yazid Kamaruzuan, Iqhmal Najmie Ismail dan Syawal Sabaruddin bersama pasukan Futsal Sabah dalam beberapa perlawanan persahabatan yang telah berlansung sekaligus menguatkan persiapan pasukan ini.

Pasukan Sabah Futsal juga dikhabarkan akan mengambil pemain import dari Brazil yang pernah menjulang tiga trofi Kejuaraan Futsal Kelab AFC bersama PTT Chonburi Bluewave (Thailand) dan Giti Pasand Isfahan dari Iran , Rudimar Venancio atau nama panggilan Xapa bakal menjadi pasukan Sabah semakin kuat.

Pasukan Sabah Futsal telah mengambil 2 jurulatih profesional futsal daripada negara Indonesia Wahyudin Kocoy yang berpengalaman dalam membimbing kelab Liga Pro Indonesia bakal menjadi ketua jurulatih dan jurulatih penjaga gol, Ade Lesmana merupakan ikon futsal Indonesia turut pernah menjadi jurulatih penjaga gol skuad kebangsaan Indonesia.

Percaturan dan perancangan yang dibuat oleh pasukan Sabah futsal ini dilihat akan memberi saingan hebat kepada pasukan lain dalam kejuaran MPFL 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published.