Sabah FC sedia cipta kemenangan di Stadium Likas malam esok

Sabah FC yakin akan mengekalkan momentum kemenenangan apabila melayan kunjungan Sri Pahang FC di Stadium Likas malam esok.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata kemenangan itu penting untuk memastikan kedudukan dalam Liga Super akan sentiasa terjamin apatah lagi Sabah FC akan beraksi di hadapan penonton sendiri malam esok.

Katanya selepas menentang Sri Pahang FC, Sabah FC akan berdepan dua perlawanan sangat penting di tempat lawan iaitu bertemu Selangor FC pada 28 Jun dan Negeri Sembilan FC pada 3 Julai depan dan berharap agar anak-anak buahnya dapat mencapai keputusan yang lebih positif.

โ€œKita anggap perlawanan dengan Sri Pahang FC malam esok adalah merupakan satu perlawanan yang saya percaya sangat penting.

โ€œIni bukan sahaja untuk memastikan kita teruskan mencapai momentum kemenangan berterusan malah cuba mempamerkan aksi cemerlang ketika bermain di gelanggang sendiri,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas perlawanan persahabatan antarabangsa di Indonesia baru-baru ini, Kim Swee berkata tempoh rehat selama sebulan digunakan sebaik-baiknya oleh Sabah FC bagi mendapatkan kombinasi serta memperbaiki apa juga kelemahan yang ada.

โ€œKita percaya selepas tiga perlawanan di Indonesia ..Sabah FC mempelajari banyak aspek daripada segi kekuatan dan kelemahan jadi ini penting untuk kita bersiap sedia menghadapi pasukan Sri Pahang FC malam esok,โ€ katanya.

Pada malam esok semua pemain berada pada prestasi terbaik untuk diturunkan kecuali Naim dan Dirga sahaja mengalami kecederaan.

โ€œSelain daripada itu semua pemain berada pada tahap yang cukup baik. Saddil kita tahu bersama pasukan Indonesia baik pasukan Bawah 23 mahupun pasukan senior Indonesia.

โ€œBeliau pasti mengalami sedikit keletihan tetapi kita akan lihat bagaimana daripada segi kepenatan Saddil ketika bersama pasukan Indonesia untuk saya pertimbangkan sama ada beliau akan diturunkan ataupun tidak malam esok,โ€ katanya. – Sabahfc.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *