Sabah FC fokus menang, perbaiki kedudukan

Sabah FC perlu mencatat kemenangan sebagai timbal balas menentang Negeri Sembilan FC (NAFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman Stadium malam ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata Sabah FC tidak boleh mengambil mudah namun akan kekal konsisten dengan apa yang telah lakukan pada perlawanan sebelum ini.

Katanya tewas 0 โ€“ 1 kepada NSFC pada 4 Mac lalu hasil jaringan Khair Jones di separuh masa kedua perlu dijadikan iktibar bagi mencapai keputusan cemerlang malam ini.

โ€œTiada perlawanan mudah dalam Liga Super apatah lagi kita bermain menentang Negeri Sembilan FC yang setakat ini tidak dibolosi dalam lima perlawanan.

โ€œIni bukan satu perlawanan yang mudah bagi mana-mana pasukan. Saya percaya kita harus kekal fokus serta berada dalam tahap terbaik untuk memastikan kita tidak kehilangan mata.

โ€œPasukan Negeri Sembilan kini berada di kedudukan kedua Liga Super pasti akan memberi satu saingan yang cukup sengit pada perlawanan malam ini,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas mengenai tahap kecergasan Jose Embalo yang masih belum berada pada tahap prestasi terbaik, Kim Swee berkata ini terpulang kepada situasi perlawanan malam nanti.

โ€œJika saya fikir Embalo perlu diturunkan pada bila-bila masa kemungkinan besar akan saya lakukanโ€ฆtetapi ini terpulang kepada kecergasannya sebelum perlawanan bermula pada malam ini.

โ€œSasaran seperti kebiasaan apabila kita bermain dengan mana-mana pasukan, sudah tentu kemenangan harus dicapaiโ€ katanya. -Sabahfc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *